TERBILANG ACADEMY SDN. BHD
(DULU DIKENALI SEBAGAI PUSAT TUISYEN TERBILANG SDN. BHD.)
(Syarikat yang Didaftarkan, 976592-W)
(MULAI 31 JANUARI 2012)
PENGENALAN
Pusat Tuisyen Terbilang telah ditubuhkan pada akhir 2004, mula beroperasi pada awal 2005 yang beroperasi di No. 770FF, Tingkat 1, Blok H, Synergy Square, Jalan Matang. Pada tahun 2008 kami telah berpindah ke premis baru di Lot 9297 (Sublot 87GF), Tingkat Bawah, Blok J, Synergy Square, Section 65 KLTD, Batu 4 ½ , Jalan Matang, Kuching, Sarawak. Pusat Tuisyen Terbilang telah diperbadankan melalui pendaftaran Syarikat pada 31 Januari 2012 (No. Syarikat: 976592-W)
MISI
“Melahirkan pelajar yang terbilang dalam akademik dan mampu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM. Memberi perkhidmatan pendidikan yang cekap dan berkualiti tinggi serta menyumbang keterbilangan pendidikan sambil menjana pelajar yang berdisiplin tinggi dan berakhlak mulia selari dengan Falsafah Pendidikan Negara”.
PENUBUHAN TERBILANG ACADEMY
Terbilang Academy Sdn. Bhd. atau dikenali sebagai Terbilang Academy bercadang untuk menubuhkan Pusat Pengajian Luar Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di kawasan Kuching, Sarawak. Tujuan penubuhan ini adalah bagi membuka peluang kepada pelajar di kawasan pesisir dalam melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan. Tujuan utamanya juga adalah bagi membantu calon pelajar di luar Semenenjung Malysia khususnya di Sarawak bagi mengurangkan kos perbelanjaan dalam melanjutkan pengajian mereka dibawah program UPSI. Tambahan pula, Pemilik Terbilang Academy Sdn. Bhd. merupakan Alumni UPSI sememangnya berhasrat untuk memperluaskan Program Pendidikan di pusat pembelajaran kawasan Kuching, Sarawak. Program Sarjana dan PhD. pendidikan ini dapat membantu para pelajar memperkasakan kemahiran dan minat pelajar dalam bidang pendidikan selain dapat mengisi kekosongan jawatan guru di Sabah dan Sarawak. Tegasnya, penubuhan pusat ini sudah tentu dapat membantu pelajar untuk belajar di dan dapat meningkatkan kepakaran dalam bidang pendidikan.
Justeru, Universiti Pendidikan Idris – Universiti No. 1 Pendidikan adalah wadah terbaik bagi anak-anak Sarawak yang dahagakan ilmu untuk meningkatkan profesionalisme dalam bidang pendidikan.