Matlamat Program adalah untuk mencapai “Sifar Buta Huruf”. Program Membaca bertujuan memberi pendedahan 3M, Membaca, Menulis dan Mengira dalam Bahasa Malaysia (BM) dan Bahasa Inggeris (BI). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia terdiri daripada 5 Tahap iaitu 1. Mengenal huruf, 2. Sebutan suku kata bagi perkataan, 3. Membina Pekataan, 4. membina Ayat, 5. Menulis karangan dengan kelancaran membaca. Juga dikenali sukatan LINUS di sekolah-sekolah. Manakala Program membaca bagi Bahasa Inggeris menggunakan ‘Fornic Sound’ yang menggunakan sebutan dan kemudiannya dicantum-cantum membentuk ayat. Proram ini boleh diserta pelajar bermula umur 4 Tahun hingga 12 tahun. Subjek yang ditawarkan BM dan BI sahaja.
Yuran Bulanan: RM110/sebulan
Yuran Potostat Tahunan: RM150/Tahun (Sekali Bayar Sahaja)
Guru: Cikgu Marina (BI), Cikgu Nurul Asni Asoi (BM), Cikgu Junaidah (BI), Cikgu Indah (BI), Cikgu Helrina (BM), Cikgu Rapiah (BM), Cikgu Ros (BI) – LINUS Program & Cikgu Dayang Zefarina (BM) – Linus Program.