Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kepada Calon Pelajar Master Pendidikan.

Institut Pengajian Siswazah (IPS) telah membuka permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2023 sehingga 15 Januari 2024 bagi program berikut:

Sarjana Pendidikan Pengajian Kurikulum (ME10)
Pusat : Kuching

Calon pelajar boleh mengisi permohonan di https://postgrad.upsi.edu.my/.

Cara memohon :
CHOOSE PROGRAMME – INTAKE TYPE – EXECUTIVE – MASTER OF EDUCATION (CURRICULUM STUDIES – KUCHING)

Wang proses bagi setiap permohonan adalah sebanyak RM50, boleh dibuat melalui kaedah epayment (di akhir permohonan) / bitara ID (dibeli di kaunter BSN)

Mohon muatnaik dokumen yang TELAH DISAHKAN

PERINGATAN : ID dan Pasword kena ingat/simpan kerana akan digunakan untuk mengetahui status permohonan sehingga menerima surat tawaran

Senarai dokumen yang telah disahkan dan perlu dimuatnaik dalam permohonan
1. Salinan Skrol Akademik
2. Salinan Transkrip Akademik
3. Salinan Kad Pengenalan
4. Salinan Surat Pengesahan Bekerja/Majikan
*bagi calon yg memperoleh pointer bwh 2.75, mohon lampirkan surat/bukti pengalaman kerja dari selepas bergraduat sehingga kini kerana Fakulti perlu membuat penilaian berdasarkan pengalaman kerja (minimum 5 tahun)

Semakan Status Permohonan (APPLY) selepas IPS proses

Apply ➡️ Offered (jika dokumen lengkap)
➡️ Incomplete (jika dokumen tidak lengkap, sila rujuk email)

**Jika Status masih APPLY bermaksud IPS belum proses