KUCHING – Penyerahan dana oleh Puan Sharifah Noraini Sayeed Aman Ghazali yang mewakili YB Datuk Sharifah Hasidah Syeed Aman Ghazali yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan. Dana tersebut untuk membiayai Program Tuisyen Harapan yang bakal dilaksanakan oleh Pusat Tuisyen Terbilang Cawangan Sukma Ria sepanjang tahun 2023. Golongan sasaran adalah gologan B40, anak-anak yatim dan anak-anak ibu tunggal dalam kawasan N7 Samariang.

“B40, Anak-anak Yatim, Anak Ibu Tunggal Terus Dibantu untuk mengikuti program tuisyen percuma sepanjang tahun 2023 ini” Kata Dr. Ishak Johari. Mewakili PKKPS menerima dana tersebut Puan Salina Junaidi Bendahari PKKPS. Turut hadir Saudara Raini Kasim, Setiausaha PKKPS dan Encik Syed Zahiruddin Pegawai Khas Kawasan N7 Samariang.