SESI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM KHAS DOKTOR FALSAFAH MODEL RAKAN STRATEGIK UPSI-TERBILANG ACADEMY

Sesi pendaftaran pelajar baharu ini diadakan di Institut Aminuddin Baki, Kuching, Sarawak pada 8 Disember 2024.

Seramai 36 pelajar seluruh negeri Sarawak mendaftar sebagai pelajar Doktor Falsafah pelbagai bidang di UPSI. Ini adalah usaha memperkasa profesionalism dalam bidang pendidikan di Sarawak.

Program ini dihadiri oleh tetamu kehormat, Prof. Madya Dr. Ing. Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim selaku Dekan Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Dr. Ishak Johari selaku Pengerusi Eksekutif Terbilang Academy Sarawak dan Dr. Ricky Lawe selaku Timbalan Pengarah Jabatan Kepimpinan, Institut Aminuddin Baki, Kuching. Turut hadir juga Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Timbalan Dekan (Jaringan Industri dan Pengkomersilan), Penyelaras Program Rakan Strategik dan dua kakitangan Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, UPSI. Program ini sebagai langkah penting untuk memperluas akses pendidikan berkualiti tinggi untuk rakyat di Sarawak.