TERKINI: PERHATIAN UNTUK CALON PHD KOHORT 2, AMBILAN MAC 2025

Permohonan dalam talian telah dibuka bermula 12 Mac 2025 sehingga 26 Mac 2025 bagi Program Khas Ijazah Doktor Falsafah (PhD.) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) – Terbilang Academy Sarawak (TAS) (Kohort 2).

Calon pelajar boleh mengisi permohonan di https://postgrad.upsi.edu.my/. Cara permohonan seperti di lampiran. (CHOOSE PROGRAMME>INTAKE TYPE-EXECUTIVE>PROGRAM BERKAITAN-Bidang yang dipilih) Wang proses permohonan adalah sebanyak RM50 boleh dibuat melalui kaedah epayment (di akhir permohonan).

Dokumen yang perlu dilampirkan adalah seperti berikut:
1. Salinan Kad Pengenalan (Perlu ada cop pengesahan)
2. Salinan Transkrip Akademik bagi Ijazah Sarjana Muda & Sarjana (Perlu ada cop pengesahan)
3. Salinan Skrol bagi Ijazah Sarjana Muda & Sarjana (Perlu ada cop pengesahan)
4. Cadangan Penyelidikan PhD.

#UniversitiPendidikanSultanIdris
#MetaUPSI
#IPS_UPSI
#TerbilangAcademy
#AlumniUPSISarawak