Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Terbilang Academy Sarawak mengadakan Bengkel Penulisan Berkesan Proposal PhD di Institut Aminudin Baki (IAB) Cawangan Sarawak. Program sehari itu berlangsung di mini auditorium IAB Sarawak bermula dari jam
9 pagi hingga 5 petang, bertujuan untuk membantu pelajar pascasiswazah dalam membina kemahiran penulisan yang efektif untuk proposal penyelidikan mereka.

Majlis pembukaan program dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Eksekutif, Terbilang Academy Sarawak, Dr. Ishak Johari, yang bertindak sebagai Penyelaras Program Khas Rakan Strategik Masters dan PhD, UPSI di Sarawak. Dalam ucapannya, Dr. Ishak menekankan kepentingan penulisan proposal yang berkualiti untuk kejayaan pelajar dalam mendapatkan tempat dalam program PhD di UPSI. Beliau juga menggalakkan peserta untuk memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin.
Encik Rasyidi Johan, Penyelaras Program Khas Masters dan PhD, UPSI di kampus induk UPSI merupakan pensyarah di Fakulti Komputeran dan Meta Teknologi, UPSP, turut memberi ucapan. Beliau menjelaskan kerjasama antara UPSI dan Terbilang Academy Sarawak dalam menyediakan platform yang menyokong pengembangan pendidikan tinggi akademik di Sarawak.

Bengkel ini dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Zalizah Hanapi, dari Fakulti Teknikal &
Vokasinal, TVET, UPSI bersama Dr. Mohd Nazri Abdul Raji dan Dr. Anisa Abdul Wafi. Ketiga-tiga penceramah berpengalaman ini membawa pelbagai perspektif dan kepakaran dalam bidang akademik, memberikan peserta panduan yang mendalam mengenai penyediaan proposal yang berkualiti Peserta bengkel terdiri daripada 35 calon PhD, termasuk guru dan pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, CENTEX, Instutut Aminudin Baki Sarawak, dan Kolej Vokasional, serta guru-guru sekolah. Kehadiran peserta yang pelbagai latar belakang ini menambah nilai kepada perbincangan dan perkongsian idea sepanjang bengkel.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menghasilkan
proposal berkesan dan langkah-langkah penyediaannya untuk permohonan PhD. Melalui sesi ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK), dan perbincangan interaktif, peserta belajar elemen penting dalam proposal dan menerima maklum balas. Penganjuran bengkel ini menyokong penyelidikan berkualiti tinggi dan membantu peserta membina jaringan serta meningkatkan kemahiran penulisan akademik mereka. Kepada Sarawakian termasuk Sabah dan Labuan yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dan Doktor Falsafah PhD, melalui Program Khas Pascasiswazah Rakan Startegik UPSI di Sarawak boleh menghubungi Dr. Ishak Johari di talian 017-8083528 atau di Terbilang Academik Sarawak dan Pusat Kegiatan Alumni UPSI Sarawak di Kuching. Maklumat lajut boleh layari laman web www.terbilang.edu.my.