[19 Okt 2024]

Telah berlangsung Ziarah Kasih Alumni, Dr. Ishak Johari yang merupakan Alumni Anak Kandung Suluh Budiman era Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 19 Oktober 2024 di Pusat Tuisyen Terbilang, Kuching Sarawak.

Beliau kini merupakan Pengasas Pusat Tuisyen Terbilang Sarawak. Pusat Tuisyen Terbilang telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan berpusat di Sarawak. Ia mempunyai 4 pusat tuisyen melalui atas talian di Jalan Gita, Desa Ilmu dan Kota Samarahan dengan lebih 400 pelajar sedang mendapat bimbingan di kesemua pusat tersebut.

Beliau turut menyumbang tenaganya sebagai penceramah dan jurulatih tetap bagi kursus keusahawanan digital dan bengkel untuk bakal usahawan Sarawak.

Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan Presiden Pertubuhan Kepimpinan dan Keterbilangan Pelajar Sarawak (PKKPS) yang turut menyediakan program motivasi iaitu Kem Kecemerlangan untuk pelajar sekolah secara percuma di bawah PKKPS.

Kami di Pusat Alumni UPSI amat berbangga dengan pencapaian beliau dan berharap beliau akan terus bergiat aktif dalam dunia keusahawanan.

Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti.

Alumni atau mana-mana pihak yang ingin membuat sumbangan kepada UPSI boleh dibuat menerusi:
https://epayment.upsi.edu.my/
pilih bahagian wakaf/donation dan klik TABUNG ALUMNI CARE.

Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini Pusat Alumni melalui:
Telegram: https://t.me/+qhSmaaExoiw4MTY1
Facebook: https://www.facebook.com/alumniupsi
Instagram: https://www.instagram.com/pusatalumniupsi?utm_source=qr&igsh=MXFmbDJydXh0cDA3aw==
YouTube: https://www.youtube.com/@pusatalumniupsi5078
TikTok: https://www.tiktok.com/@pusatalumniupsi
Laman Web: https://alumni.upsi.edu.my/
AIMS: https://aims.upsi.edu.my/
No. WhatsApp: https://wa.link/86lt6m

#anakkandungsuluhbudiman #alumniupsi #selagihayatdikandungbadan
#upsino1pendidikan #demiupsi
#Ukhwah #Prihatin #Santun #Impak